Pengurusan

AnakYatim.com

Untuk maklumat semua, anakyatim.com dikendalikan oleh Dinar Dagang Management (1589885-A) yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001) pada 20hb Disember 2005.

Walaupun Dinar Dagang Management baru sahaja ditubuhkan tetapi kami telah mempunyai laman web sendiri iaitu www.dinardagang.com semenjak bulan Oktober 2005, anda boleh melayarinya untuk maklumat lanjut.

Dinar Dagang Management menjalankan perniagaan utamanya iaitu perkhidmatan membuat laman web. Pihak kami mengenakan bayaran yang rendah kepada para pelanggan kami jika hendak dibandingkan dengan mana syarikat teknologi maklumat yang mengenakan bayaran yang mahal dan tidak mampu dimiliki oleh mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Konsep pembikinan laman web kami amat mudah iaitu ianya simple dan direct kepada tujuan yang dimahukan oleh pelanggan kami.

Kami tidak menggunakan pelbagai program yang canggih dan berat hingga menyebabkan masa untuk akses ke satu-satu laman web itu menjadi lambat dan akhirnya menyebabkan pelayar tersebut malas dan bertukar ke laman web yang lain.